• Warganegara Malaysia sahaja
• Berumur 21 tahun ke atas
• Dalam pekerjaan melebihi 6 bulan / Dalam perniagaan melebihi 1 tahun
Nota: SHENMA Credit berhak untuk meminta dokumen sokongan tambahan jika perlu.
Bekerja
• Salinan ID
• Penyata gaji terkini
• Penyata KWSP terkini (jika ada)
Bekerja Sendiri
• Salinan ID
• Penyata bank 3 bulan terkini
• Borang pendaftaran perniagaan yang sah
4
LANGKAH MUDAH UNTUK MEMOHON
PEMBIAYAAN MOTOSIKAL ANDA!

Layari & pilih motosikal idaman anda.

Daftar, pilih pengedar, tempoh pembiayaan & mohon.

Anda akan menerima surat kelulusan bersyarat dari kami.

Bawa surat ini ke pengedar pilihan anda, tanda tangani perjanjian pembiayaan & DAPATKAN MOTOSIKAL ANDA
Apa itu MOTORLOAN.MY?
MOTORLOAN.MY ialah platform e-dagang motosikal bersepadu yang dibangunkan khas oleh SHENMA Credit Sdn. Bhd.; sebuah syarikat pemberi pembiayaan motosikal. Platform ini menawarkan pelbagai jenis motosikal, rangkaian pengedar yang komprehensif, serta pakej pembiayaan motosikal bagi memudahkan pemilikan motosikal.
Bagaimanakah cara untuk membeli motosikal melalui MOTORLOAN.MY?
MOTORLOAN.MY menyediakan 4 langkah mudah untuk membeli motosikal idaman anda berserta pakej pembiayaan daripada SHENMA Credit Sdn. Bhd. Langkah 1 – Cari & pilih motosikal idaman anda. Langkah 2 – Daftar, pilih pengedar pilihan anda & hantar permohonan pinjaman anda. Langkah 3 – Setelah berjaya melengkapkan e-KYC; anda akan menerima Surat Kelulusan Bersyarat dari pihak kami. Langkah 4 – Lawati pengedar pilihan anda untuk menandatangani perjanjian pembiayaan & DAPATKAN MOTOSIKAL ANDA!
Apakah syarat-syarat untuk pembiayaan motosikal?
Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas. Berjawatan tetap melebihi 6 bulan ATAU 12 bulan bagi yang bekerja sendiri. Dokumen minimum yang diperlukan; Salinan NRIC, Penyata Gaji Terkini & Penyata KWSP Terkini, jika ada. Jika bekerja sendiri; Salinan Kad Pengenalan, Penyata Bank 3 Bulan Terkini & Dokumen Pendaftaran Perniagaan.
Apakah pakej pembiayaan motosikal yang ditawarkan oleh SHENMA Credit Sdn. Bhd.?
SHENMA Credit mempunyai tiga pakej pembiayaan motosikal; 1. Pembiayaan Motosikal Berkuasa Kecil (Bawah 250cc); pada kadar keuntungan 10.0% setahun; tempoh pembiayaan dari 24 hingga 60 bulan. 2. Pembiayaan Motosikal Berkuasa Sederhana (250cc-499cc); pada kadar keuntungan 9.0% setahun; tempoh pembiayaan dari 24 hingga 84 bulan. 3. Pembiayaan Motosikal Berkuasa Besar (Melebihi 500cc); pada kadar keuntungan 8.0% setahun; tempoh pembiayaan dari 24 hingga 84 bulan.;4. Pembiayaan Motosikal Elektrik; pada kadar keuntungan 10% setahun. Margin pembiayaan maksimum 90% bagi kesemua pakej.
Adakah Pembiayaan Motosikal SHENMA merupakan produk patuh Syariah?
Pembiayaan Motosikal SHENMA ialah produk kemudahan pembiayaan Islam berstruktur dan dokumentasi undang-undang adalah mengikut peraturan dan prinsip Syariah. Produk ini berasaskan prinsip Syariah Al-Ijarah Thumma al-Bai'.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk memproses permohonan saya?
Proses keputusan kredit adalah hampir segera namun ia tertakluk kepada ketersediaan dan kesempurnaan maklumat kredit anda.
Bagaimana untuk menyemak status permohonan saya?
Anda boleh log masuk ke MOTORLOAN.MY untuk menyemak status permohonan anda.
Apa itu Surat Kelulusan Bersyarat?
Pada prinsipnya, pembiayaan motosikal telah diluluskan namun anda perlu memenuhi terma dan syarat yang dinyatakan dalam surat tersebut.
Bagaimana jika saya ingin menukar motosikal selepas Surat Kelulusan Bersyarat diperoleh?
Anda boleh menukar kepada model motosikal pilihan anda dengan syarat bahawa jumlah pembiayaan kekal atau lebih rendah. Perubahan boleh dilakukan di premis pengedar pilihan anda.
Bagaimana jika saya ingin menukar pengedar pilihan saya?
Anda boleh menghubungi Unit Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.
Bagaimana cara membuat pembayaran ansuran bulanan kepada SHENMA Credit Sdn. Bhd.?
Anda boleh merujuk kepada laman web kami untuk maklumat lanjut di www.shenmacredit.com.my/how-to-pay. Kami menggalakkan pelanggan-pelanggan kami untuk memuat turun Aplikasi Mudah Alih SHENMA untuk melihat butiran akaun pembiayaan anda dan menikmati segala kemudahan menggunakan SHENMA Mobile. Dari pemeriksaan baki akaun, pembayaran bulanan, hingga kemas kini berita terkini, ia boleh dilakukan 24/7, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Bagaimana untuk menghubungi SHENMA Credit Sdn. Bhd.?
Anda boleh menghubungi kami melalui emel di [email protected] atau melalui saluran Whatsapp rasmi kami di https://wa.me/601133011633